Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Chatgpt Dalam Penulisan Kerja Kursus Dalam Kalangan Guru Pelatih Bahasa Melayu
Keywords:
ChatGPT; Guru Pelatih; IPG; Bahasa MelayuAbstract
Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI), khususnya aplikasi ChatGPT, telah memberi implikasi yang signifikan terhadap amalan penulisan akademik dalam pendidikan tinggi. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan serta faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ChatGPT dalam penulisan kerja kursus dalam kalangan guru pelatih Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan, melibatkan seramAI 210 orang responden yang dipilih melalui teknik persampelan rawak. Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik secara dalam talian melalui Google Form yang menggunakan skala Likert lima mata, dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif melibatkan min dan sisihan piawAI. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap bagi ketiga-tiga faktor yang dikaji adalah tinggi, iAItu faktor transformasi digital era 4.0 (min = 4.77), pengetahuan, ketelusan dan etika (min = 4.62), serta cabaran penulisan kerja kursus (min = 4.44). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan ChatGPT diterima secara positif dan dilihat sebagAI alat sokongan yang efektif dalam meningkatkan kecekapan serta kualiti penulisan kerja kursus. Walau bagAImanapun, penggunaan teknologi ini perlu disertAI dengan bimbingan yang sistematik dan kesedaran etika yang tinggi bagi memastikan integriti akademik serta perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar tidak terjejas. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi implikasi penting terhadap keperluan pembangunan garis panduan penggunaan AI yang lebih beretika dan selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



