KESEDIAAN GURU SEJARAH DALAM MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DI DAERAH SIK, KEDAH

Authors

  • Munirah Ab Rahim
  • Mohd Syaubari Othman

Keywords:

kesediaan guru, TMK, pengetahuan TMK, kemahiran TMK, sikap terhadap TMK

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesediaan guru Sejarah dalam mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran di sekolah menengah Daerah Sik, Kedah. Selain itu, kajian meneliti tahap pengetahuan TMK, kemahiran TMK, sikap terhadap TMK dan faktor sekolah serta hubungan pemboleh ubah tersebut dengan kesediaan guru. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melibatkan 40 orang guru Sejarah. Data dikumpulkan melalui soal selidik berstruktur dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan kesediaan guru berada pada tahap tinggi (M = 4.22). Pengetahuan TMK (M = 4.22), kemahiran TMK (M = 4.30), sikap terhadap TMK (M = 4.42) dan faktor sekolah (M = 4.00) turut berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi menunjukkan kemahiran TMK (r = .489, p = .001), pengetahuan TMK (r = .449, p = .004) dan sikap terhadap TMK (r = .369, p = .019) mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kesediaan guru. Faktor sekolah pula tidak menunjukkan hubungan yang signifikan (r = .233, p = .148). Kesimpulannya, faktor dalaman guru, khususnya pengetahuan, kemahiran dan sikap, merupakan aspek penting dalam memperkukuh pengintegrasian TMK dalam pengajaran Sejarah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-10-2026

How to Cite

Ab Rahim, M., & Othman, M. S. (2026). KESEDIAAN GURU SEJARAH DALAM MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DI DAERAH SIK, KEDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 4(1), 1–14. Retrieved from https://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/76