PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT, SIKAP DAN GAYA PEMBELAJARAN MURID: KAJIAN TINJAUAN DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI LAHAD DATU, SABAH
Keywords:
penguasaan Jawi, minat, sikap, gaya pembelajaran, murid sekolah rendah.Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan Jawi murid Tahun Lima dan Enam serta hubungannya dengan minat, sikap dan gaya pembelajaran murid di Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV, Sabah. Kajian tinjauan kuantitatif ini melibatkan 142 orang murid Islam Tahun Lima dan Enam yang dipilih melalui persampelan menyeluruh (census sampling), iaitu semua murid yang memenuhi kriteria kajian di sekolah tersebut. Data dikumpul menggunakan soal selidik berskala Likert empat mata bagi mengukur minat, sikap dan gaya pembelajaran berdasarkan Model Dunn dan Dunn, disertakan dengan Ujian Penguasaan Jawi. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 32.0 melalui statistik deskriptif dan Korelasi Spearman. Dapatan menunjukkan 81.7 peratus murid memperoleh Gred A hingga C dalam Ujian Penguasaan Jawi, iaitu tahap cemerlang hingga baik. Analisis korelasi mendapati hubungan yang signifikan tetapi lemah antara penguasaan Jawi dengan minat (ρ = -0.307, p < 0.001), sikap (ρ = -0.276, p < 0.001) dan kelima-lima dimensi gaya pembelajaran (ρ antara -0.194 hingga -0.283, p < 0.05). Pekali negatif membawa maksud hubungan positif kerana skala Likert yang digunakan bersifat songsang. Dapatan ini memberi implikasi kepada guru Pendidikan Islam untuk mempelbagaikan strategi pengajaran Jawi serta kepada pihak sekolah untuk meneruskan program intervensi bagi murid yang masih berada pada gred rendah.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



