Hubungan antara Kesediaan Guru dengan Kekerapan Pelaksanaan Kemahiran Pendigitalan dalam PdP Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Daerah Gombak, Selangor
Keywords:
kesediaan guru, kemahiran pendigitalan, Pendidikan Moral, pengajaran dan pembelajaran, pendidikan digital.Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti Hubungan antara Kesediaan Guru dengan Kekerapan Pelaksanaan Kemahiran Pendigitalan dalam PdP Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Daerah Gombak, Selangor. Kajian ini turut mengenal pasti tahap pengimplementasian kemahiran pendigitalan yang diperoleh melalui bengkel atau kursus teknologi, tahap kekerapan guru mengimplementasikan kemahiran pendigitalan dalam PdP serta hubungan antara faktor kesediaan guru dengan kekerapan pengimplementasian kemahiran pendigitalan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Seramai 147 orang guru Pendidikan Moral dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) melalui analisis statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai serta analisis inferensi menggunakan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pengetahuan (Min = 4.0204, SP = 0.48085), sikap (Min = 4.1134, SP = 0.39762) dan minat (Min = 3.9943, SP = 0.48056) berada pada tahap tinggi, manakala faktor infrastruktur (Min = 3.5833, SP = 0.69201) dan masa (Min = 3.4836, SP = 0.48588) berada pada tahap sederhana tinggi. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan guru berada pada tahap tinggi (Min = 3.8429, SP = 0.40152). Dapatan turut menunjukkan bahawa majoriti guru pernah mengikuti bengkel atau kursus berkaitan pendigitalan dan mengimplementasikan kemahiran pendigitalan secara kerap dalam PdP. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan antara kesediaan guru dengan kekerapan mengimplementasikan kemahiran pendigitalan dalam PdP Pendidikan Moral (r = .850, p < .001). Dapatan ini membuktikan bahawa semakin tinggi tahap kesediaan guru, semakin tinggi kekerapan guru mengimplementasikan kemahiran pendigitalan dalam PdP. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak sekolah dan penyelidik dalam merancang strategi bagi
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



