INTEGRASI STEM KE DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH RENDAH: PANDANGAN DARIPADA GURU PENDIDIKAN JASMANI
DOI:
https://doi.org/10.1234/ijerap.v1i1.6Keywords:
pjk, tahap kesediaan, sekolah rendah, stemAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru PJK daerah Batu Pahat Johor
mengintergrasikan pendidikan STEM dalam mata pelajaran PJK di sekolah rendah. Seramai 231 orang guru
PJK sekolah rendah daerah Batu Pahat Johor yang menghadiri Kursus Pengenalan STEM Dalam Pendidikan
Jasmani Sekolah secara dalam talian di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
Darul Takzim telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen untuk kajian ini ialah instrumen soal
selidik dalam talian (Google Form) yang diubahsuai dan diadaptasi daripada daripada Soal Selidik Hasrat
Pengajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik Guru Praperkhidmatan Taiwan (Lin dan Williams,
2015). Penganalisisan data dan maklumat yang diperolehi daripada responden dianalisis menggunakan program
perisian komputer ‘ Microsoft Excel’. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa keempatempat faktor kesediaan iaitu kesediaan pengetahuan, kesediaan nilai, kesediaan niat tingkah laku dan kesediaan
persepsi kawalan tingkah laku menunjukkan tahap yang tinggi. Faktor kesediaan pengetahuan merupakan faktor
yang mencatatkan skor min terendah. Bagi menyokong guru dan pendidikan STEM sebagai wadah untuk
membangunkan bakat STEM, beberapa langkah perlu dilaksanakan sebagai pemangkin dan pemudah cara.
Antaranya ialah kursus dan bengkel pembangunan profesional guru yang membolehkan mereka mengaplikasikan
kurikulum untuk menimba pengalaman, membina konsep serta mengamalkan pedagogi STEM dengan cara yang
bermakna. Kurikulum berkualiti yang menyenaraikan garis panduan perlaksanaan yang jelas termasuk teknik
penilaian formatif yang boleh digunakan oleh guru untuk menilai pemahaman konsep pelajar. Kemahiran serta
pengetahuan kandungan pedagogi berkaitan pengintergrasian STEM perlu didedahkan kepada guru pelatih
semasa latihan asas keguruan. Guru perlu digalakkan untuk bekerjasama dan berinovatif untuk mengintegrasikan
pembelajaran pelbagai disiplin ini kepada murid-murid. Keperluan untuk mewujudkan apa yang dipanggil
"budaya STEM" berdasarkan pemahaman bersama di kalangan pemegang taruh dan semua pihak yang
berkepentingan tentang pendidikan di negara kita ini perlu diwujudkan. Kajian lanjut tentang pelaksanaan teras
pengintergrasian pendidikan STEM dalam mata pelajaran PJK dalam pelbagai persekitaran sekolah dan
pelbagai mata pelajaran perlu dijalankan. Penyelidikan lanjutan berkaitan strategi penilaian formatif yang
berkesan semasa pengintergrasian pendidikan STEM ke dalam mata pelajaran PJK juga perlu dijalankan.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.



