TINJAUAN TAHAP AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DALAM KALANGAN MURID PERIBUMI SABAH

Authors

  • MOHD HANAPIAH KHAMIS
  • ABU BAKAR KASSIM
  • MOHD FAIZAL GHAZAL
  • SALLEHUDIN SAHRONE
  • LIM SING POH

Abstract

Gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Selain itu, ia juga satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Pengetahuan tentang amalan gaya hidup sihat penting bagi mewujudkan kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi mengekalkan kesihatan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Tahap Amalan Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Murid Peribumi Sabah. Seramai 100 orang murid sekolah rendah peribumi Sabah telah dipilih secara rawak sebagai sampel dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik untuk meninjau tahap amalan gaya hidup sihat murid peribumi Sabah. Instrumen yang digunakan bagi tujuan kajian ini ialah borang soal selidik yang diubah suai dan diadaptasi daripada Syahrul Nazri (2021) dan nilai kebolehpercayaan menggunakan Pearson Correlation ialah r = 0.89. Penganalisisan data dan maklumat yang diperolehi daripada sampel kajian dianalisis menggunakan program perisian komputer Statistical Package for Social Sciences Version 23.0 For Windows. Analisis empirikal menunjukkan bahawa tahap amalan gaya hidup murid peribumi Sabah berada pada tahap tinggi skor min = 2.71 meliputi aspek tahap pengetahun skor min = 3.15 dan tahap kesedaran skor min = 2.87. Manakala tahap yang paling rendah adalah aspek pegamalan gaya hidup sihat skor min = 2.13. Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa murid peribumi Sabah mempunyai tahap pengetahuan dan kesedaran yang tinggi namun pengamalan gaya hidup sihat kurang dititikberatkan terutamanya dari segi aspek pemakanan. Cadangan hasil daripada kajian ini ialah semua murid peribumi Sabah diberi pendedahan dan maklumat berkaitan pengamalan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Seterusnya dicadangkan pihak sekolah dan guru-guru dapat meningkatkan lagi kempen pengamalan gaya hidup sihat kepada semua murid-murid sekolah di negeri Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-08-2024

How to Cite

KHAMIS, M. H., KASSIM, A. B., MOHD FAIZAL GHAZAL, SALLEHUDIN SAHRONE, & LIM SING POH. (2024). TINJAUAN TAHAP AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DALAM KALANGAN MURID PERIBUMI SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 2(1), 16 to 27. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/19