Persepsi Kerjaya Guru Contract of Service (CoS) Terhadap Peranan dan Beban Tugas Profesion Keguruan

Authors

  • Mohd Razali Abd Samad
  • Mohd Hanapiah Khamis
  • Faziah Hashim@ Ahmad
  • Ahmad Shukri Ahmad

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara persepsi kerjaya guru Contract of Service (CoS) terhadap peranan dan beban tugas guru dalam konteks profesion keguruan abad ke-21 di Malaysia. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini melibatkan 333 orang guru CoS dari pelbagai negeri di Malaysia. Instrumen soal selidik menggunakan skala Likert lima mata bagi menilai tahap persepsi terhadap kerjaya, peranan, dan beban tugas guru. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) serta korelasi Pearson bagi menilai hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan menunjukkan bahawa persepsi positif terhadap kerjaya mempunyai hubungan signifikan dengan peranan guru dan beban tugas guru. Hasil kajian ini membuktikan bahawa guru CoS yang mempunyai persepsi kerjaya positif lebih berupaya melaksanakan peranan profesional dengan efektif dan mengurus beban kerja secara konstruktif. Kajian ini mencadangkan strategi penambahbaikan dasar CoS bagi meningkatkan kestabilan dan motivasi profesional dalam kalangan guru di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

27-11-2025 — Updated on 29-11-2025

How to Cite

Abd Samad, M. R., Khamis, M. H., Hashim@ Ahmad, F., & Ahmad, A. S. (2025). Persepsi Kerjaya Guru Contract of Service (CoS) Terhadap Peranan dan Beban Tugas Profesion Keguruan . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 3(1), 70–87. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/48