FAKTOR DORONGAN AMALAN PENGAJARAN ABAD KE 21 GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

Authors

  • ZURAIDAH RAMDZAN
  • RUHAYATI RAMLY

Keywords:

Pembelajaran abad ke 21, Guru Pendidikan Islam

Abstract

Pembelajaran abad ke 21 adalah salah satu pelan transformasi pendidikan yang dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan membentuk kemenjadian murid untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada abad ke 21 melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Fokus TS25 adalah mengaplikasikan pembelajaran abad ke 21(PAK21) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) agar selari dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang lebih bersifat fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Oleh itu, satu kajian dijalankan untuk melihat apakah faktor-faktor yang mendorong guru Pendidikan Islam melaksanakan amalan pembelajaran abad ke 21 dalam pengajaran di sekolah-sekolah TS25 di negeri Johor. Kajian ini berbentuk kajian kes, dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual secara mendalam, pemerhatian terhadap pengajaran guru dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti 9. Seramai tiga orang guru Pendidikan Islam daripada 3 buah sekolah TS25 di negeri Johor telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Manakala data temu bual daripada 3 orang pentadbir sekolah juga diperolehi sebagai triangulasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa GPI dapat melaksanakan PAK21 dalam semua peringkat pengajaran iaitu peringkat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran disebabkan faktor personal (dalaman) GPI yang terdiri daripada faktor keilmuan, motivasi kendiri dan hisbah kendiri serta faktor persekitaran (luaran) terdiri daripada faktor persekitaran sekolah dan pembangunan program. Kajian ini diharap dapat memperkasakan Program Transformasi Sekolah tahun 2025 (TS25) bagi memenuhi keperluan semasa serta memberikan implikasi positif kepada pelaksanaan PAK21 dalam pengajaran Pendidikan Islam di sekolah khususnya yang lebih praktikal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-08-2024

How to Cite

RAMDZAN, Z., & RAMLY, R. (2024). FAKTOR DORONGAN AMALAN PENGAJARAN ABAD KE 21 GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 2(1), 1 to 15. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/18