KIT M2: PEMBANGUNAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIRAH DI SK MORAK, TUMPAT, KELANTAN
Abstract
Tonggak utama kepada pembangunan masyarakat madani dan tamadun bermula dengan pendidikan yang terancang. Untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21, guru-guru harus gigih mengintegrasikan elemen-elemen inovatif dalam memastikan reka bentuk pembinaan Bahan Bantu Mengajar dapat dibangunkan dengan bijaksana. Penulisan kertas konsep ini bertujuan untuk menjelaskan pembangunan inovasi Kit M2 sebagai Bahan Bantu Mengajar yang berinovatif untuk menarik minat murid ke arah meningkatkan kefahaman dalam bidang sirah Pendidikan Islam. Model ADDIE (2003) telah menjadi asas kepada pembanguan inovasi ini. Model yang mempunyai lima fasa ini terdiri daripada Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Setiap fasa mempunyai fungsi yang tersendiri. Dapatan membuktikan Inovasi Kit M2 yang dibangunkan dalam bentuk visual tiga dimensi dan diaplikasikan dalam aktiviti Hot Seat menghasilkan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sirah Pendidikan Islam yang berkesan. Kepelbagaian pembinaan Bahan Bantu Mengajar dan mengandungi nilai inovasi dan kreatif dalam bidang sirah berupaya memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sirah di sekolah. Hasil kajian ini diharapkan dapat menarik minat murid mempelajari sirah dan memahami fakta dalam pembelajaran sirah serta dapat diaplikasikan oleh Guru dalam pengajaran sirah Pendidikan Islam
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



