TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH OPSYEN BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA MENJALANI PRAKTIKUM FASA 1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kesediaan guru pelatih opsyen Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia dalam menjalani praktikum Fasa 1. Penelitian ini melibatkan aspek pengetahuan pedagogi, kemahiran pengajaran, pengurusan bilik darjah, serta penggunaan teknologi. Sampel kajian terdiri daripada 140 guru pelatih, dan data dikumpul melalui soal selidik berasaskan skala Likert. Analisis data menunjukkan bahawa guru pelatih umumnya bersedia dalam aspek kemahiran pedagogi dan penggunaan teknologi, dengan nilai min 3.5 hingga 3.7, mod 4, dan median 4 dalam kedua-dua aspek ini. Cabaran utama yang dihadapi adalah dalam pengurusan masa dan disiplin murid, yang mencatatkan nilai min 2.87, mod 3, dan median 3. Kajian ini mencadangkan perlunya latihan tambahan dalam aspek pengurusan kelas dan masa serta peningkatan bimbingan daripada mentor untuk mengatasi cabaran tersebut. Dapatan kajian ini memberi panduan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik program latihan praktikum bagi melahirkan guru yang lebih bersedia dan kompeten dalam melaksanakan tugas pengajaran di bilik darjah.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



