Keberkesanan Model Pengajaran R-STEM Berasaskan Projek dengan Penerapan Elemen Membina Hubungan Untuk Matematik Sekolah Rendah di Batu Pahat, Johor
Abstract
Kajian ini menilai keberkesanan Model Pengajaran R-STEM berasaskan projek yang mengintegrasikan elemen membina hubungan (rapport) dalam pengajaran Matematik sekolah rendah. Elemen ini merangkumi dimensi kognitif, afektif dan tingkah laku yang tidak diberi penekanan seimbang dalam model sedia ada seperti Model 5E. Bagi mengisi jurang tersebut, Model 5E digabungkan dengan Model Gullapyan untuk menghasilkan pendekatan lebih holistik. Kajian kuasi eksperimen melibatkan 70 murid Tahun 5 di dua buah sekolah rendah di Batu Pahat, Johor. Instrumen kajian ialah ujian pra dan pasca yang disahkan oleh pakar, dengan analisis data menggunakan paired sample t-test dan independent sample t-test. Dapatan menunjukkan kumpulan rawatan mencapai skor signifikan lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dengan nilai saiz kesan yang besar. Selain itu, penerapan elemen membina hubungan turut meningkatkan motivasi, kolaborasi dan keyakinan murid dalam penyelesaian masalah. Kesimpulannya, Model Pengajaran R-STEM berasaskan projek berupaya memperkukuh pencapaian akademik serta menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh, sekali gus memberi implikasi penting kepada pembangunan profesionalisme guru, reka bentuk kurikulum dan pedagogi abad ke-21.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



