TAHAP KESEDIAAN PELAJAR COS PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN TERHADAP PEMBELAJARAN MAYA

Authors

  • Seow Sieu Kian
  • Rozita Rahmat
  • Norzana Mohd Nor

Abstract

Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan peralihan kepada pembelajaran maya di institusi pendidikan, termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pembelajaran maya berasaskan model 30 peratus pembelajaran dalam talian dan 70 peratus pembelajaran secara bersemuka  dalam kalangan pelajar pasca siswazah yang mengikuti  program CoS Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO). Data telah dikumpul secara tinjauan melalui borang soal selidik yang berstruktur dan diedarkan kepada 123 responden dalam kalangan pelajar CoS PDPP yang dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara Interim. Instrumen kajian dibina berdasarkan konstruk keberkesanan PdP pensyarah, motivasi pelajar dan peningkatan profesionalisme pelajar. Kajian menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi iaitu ujian-t dan korelasi Pearson dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap pembelajaran maya berada pada tahap yang sangat tinggi dengan pencapaian skor min keseluruhan sebanyak 3.75. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap ketiga-tiga pemboleh ubah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sangat kuat dan signifikan antara ketiga-tiga pemboleh ubah. Dapatan ini menyumbang kepada bidang ilmu bahawa pentingnya penggabungan pembelajaran dalam talian dan bersemuka untuk memastikan interaksi yang lebih baik antara pensyarah dan pelajar serta meningkatkan keberkesanan pengajaran perlu dikekalkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

27-11-2025 — Updated on 29-11-2025

How to Cite

Seow Sieu Kian, Rahmat, R., & Mohd Nor, N. (2025). TAHAP KESEDIAAN PELAJAR COS PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN TERHADAP PEMBELAJARAN MAYA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 3(1), 43–55. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/46