PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH PSV IPGMKTHO

Authors

  • Mohammed Rizzman Manaf
  • Aliza Mohd Salleh
  • Suzanna Zainudin

Abstract

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di era globalisasi ini adalah semakin meluas malah digunakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) boleh memberi impak yang positif kepada guru khususnya guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn (IPGMKTHO) dalam menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Objektif kajian ini adalah mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan TMK dalam kalangan guru pelatih IPGMKTHO dan mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih IPGMKTHO dalam mengamalkan penggunaan TMK dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan. Data diperoleh melalui set soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Sampel kajian ialah seramai 66 orang guru pelatih terlibat menjawab soal selidik.  Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan TMK dalam kalangan guru pelatih IPGMKTHO berada pada tahap interpretasi yang tinggi. Oleh itu, diharap kajian ini dapat memberi impak kepada guru pelatih dan Jabatan Pendidikan Seni Visual IPGMKTHO dalam usaha untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kesediaan bagi melahirkan guru pelatih yang berketerampilan pada masa hadapan.  

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

27-11-2025 — Updated on 29-11-2025

How to Cite

Manaf, M. R., Mohd Salleh, A., & Zainudin , S. (2025). PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH PSV IPGMKTHO. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 3(1), 34–42. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/45