KEPENTINGAN IMPLEMENTASI AMALAN MUHASABAH MENURUT MUHASIBI TERHADAP SISWA GURU

Authors

  • NAJATI JALIL
  • FAUZIAH MD SAAD

Keywords:

Pendekatan kerohanian , Muhasabat dan mujahadah al-Nafs.

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat kepentingan implementasi amalan muhasabah pelajar siswa guru berasaskan pendekatan pembangunan kerohanian al-Muhasibi. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan dengan menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data skunder. Data primer diperolehi daripada karangan al-Muhasibi seperti Risalah al-Mustarsyidin, Badu man anaba ila Allah dan riayah li huquq Allah. Data sekunder pula diperolehi daripada tulisan tokoh-tokoh ilmuan terkini yang telah membincangkan tentang al-Imam Abu Harith al-Muhasibi dan tesis serta penulisan jurnal berkaitan al-Imam Abu Harith al-Muhasibi. Hasil kajian ini mendapati bahawa konsep pembangunan rohani insan berdasarkan dua pendekatan al-Muhasibi iaitu muhasabat al-Nafs dan Riyadhah dan Mujahadah al-Nafs kepada Allah adalah satu pendekatan yang bertunjangkan ketakwaan kepada Allah dan berpaksikan kepada beberapa metod pendidikan kejiwaan seperti diam atau al-Sumt, merenung dan memerhati tingkah laku jiwa dengan cara tathbut. Al-Muhasibi menyarankan agar insan perlu istiqomah dalam mengerjakan amalan riyadhah dan mujahadah diri. Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan kerohanian al-Muhasibi sebenarnya sangat relevan dan sesuai untuk diamalkan terhadap siswa guru hari ini kerana pendekatan pembangunan kerohanian al-Muhasibi ini mampu menjadi salah satu alternatif pendekatan kerohanian seterusnya membentuk akhlak siswa guru muslim itu sendiri. Ini kerana kerohanian merupakan konstruk yang penting dalam membentuk kecerdasan emosi manusia dan mempunyai perkaitan dengan tingkahlaku manusia yang ditonjolkan dalam kehidupan seharian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-08-2024 — Updated on 01-08-2024

How to Cite

NAJATI JALIL, & FAUZIAH MD SAAD. (2024). KEPENTINGAN IMPLEMENTASI AMALAN MUHASABAH MENURUT MUHASIBI TERHADAP SISWA GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 2(1), 151–160. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/33