KECENDERUNGAN GURU MEMILIH JENIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: SATU KAJIAN DI SEKOLAH RENDAH BATU PAHAT

Authors

  • RASIDAYANTY BINTI SAION
  • SITI AMINAH BINTI KUSIN
  • NORLIA BINTI HARUN

Abstract

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang memfokuskan kepada aktiviti yang berpusatkan murid perlu dijalankan secara formatif dan sumatif. Terdapat tiga jenis pelaksanaan PBD iaitu: pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan guru-guru dalam memilih jenis PBD yang paling dominan. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif yang melibatkan data kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang diedar secara atas talian melalui aplikasi Google Form sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan Inventori Pendekatan Pentaksiran Bilik Darjah yang telah didaptasi daripada instrumen Approaches to Class Assessment Inventory (ACAI). Berdasarkan soal selidik tersebut, guru memilih respon bagi setiap empat senario diberi yang menggambarkan jenis pentaksiran guru tersebut. Responden kajian terdiri daripada 70 orang guru yang mengajar di sekolah rendah dalam daerah Batu Pahat, Johor. Hasil analisis menunjukkan guru cenderung menggunakan pendekatan pentaksiran untuk pembelajaran yang mencatat peratus tertinggi bagi setiap senario yang dikaji iaitu 64.3% bagi senario 1, 61.4% untuk senario 2, 65.7% bagi senario 3 dan senario 4 mencatat nilai 45.7%. Ini bermakna tujuan pelaksanaan PBD difahami oleh guru-guru di mana pentaksiran untuk pembelajaran dan sebagai pembelajaran yang perlu dilaksanakan secara berterusan disamping pentaksiran tentang pembelajaran yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-08-2024

How to Cite

RASIDAYANTY BINTI SAION, SITI AMINAH BINTI KUSIN, & NORLIA BINTI HARUN. (2024). KECENDERUNGAN GURU MEMILIH JENIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: SATU KAJIAN DI SEKOLAH RENDAH BATU PAHAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 2(1), 140 to 150. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/29