PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP KESAN APLIKASI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Authors

  • Salbihana Samsudin
  • Halif Md Saleh
  • Ahmad Shukri Ahmad

Abstract

Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) telah mendominasi transformasi berbagai bidang termasuk pendidikan. Kajian dengan reka bentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji persepsi bakal guru terhadap kesan aplikasi AI dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden terdiri daripada 161 orang guru pelatih yang sedang mengikuti pengajian PISMP. Soal selidik dalam bentuk Google Form diedarkan secara dalam talian. Dapatan kajian mendapati bakal guru bersetuju aplikasi AI dalam pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencarian bahan pengajaran dan pembelajaran (100%), meningkatkan minat murid (95.3%), menentukan kaedah pengajaran yang sesuai (86.3%), mempelbagaikan kaedah pengajaran (77.0%), menjimatkan masa guru membuat penerangan (60.9%), menyediakan pembelajaran mengikut tahap murid (59.0%), proses penilaian lebih tepat (49.7%), meningkatkan kreativiti murid (45%). Walau bagaimanapun 98.1% tidak bersetuju bahawa aplikasi AI dapat membentuk akhlak dan adab murid. Berdasarkan temu bual, bakal guru berpendapat AI tidak membantu pembentukan akhlak dan adab murid kerana proses penerapan nilai tidak berlaku, tidak melibatkan pertimbangan apabila berlaku konflik, hubungan sosial guru dan murid terbatas dan guru tidak berfungsi sebagai suri teladan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-08-2024

How to Cite

Salbihana Samsudin, Halif Md Saleh, & Ahmad Shukri Ahmad. (2024). PERSEPSI BAKAL GURU TERHADAP KESAN APLIKASI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 2(1), 112 to 124. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/27