PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERBALIK DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21

Authors

  • AZAM ABD AZIZ
  • NORZALILAH MOHAMMAD MAZLI
  • NOOR AMERA OMAR
  • MOHD JASMY ABD RAHMAN

Abstract

Pelbagai pendekatan pembelajaran diperkenalkan seiring perkembangan zaman dan juga kemudahan teknologi, contohnya pendekatan pembelajaran berbalik. Tujuan kertas konsep ini adalah untuk meneroka pendekatan pembelajaran berbalik dalam PdP murid abad ke-21 serta mengenal pasti isu dan implikasi pendekatan pembelajaran berbalik dalam PdP murid abad ke-21. Dengan mengaplikasikan teori konstruktivisme sosial dan juga Pembelajaran Berpengalaman Kolb, telah membuatkan pendekatan pembelajaran berbalik ini mempunyai keupayaan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, berpusatkan murid dan juga menggalakkan pembelajaran kendiri, di samping usaha menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid iaitu komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif dan kreativiti. Cabaran pelaksanaan pendekatan pembelajaran berbalik ini tentunya melibatkan aspek guru kurang pengetahuan tentang pendekatan terkini, pemilihan kaedah konvensional sebagai pendekatan pembelajaran, pemilikan peranti dan capaian internet yang terhad serta kecenderungan murid terhadap gaya pembelajaran berpusatkan guru dan tradisional. Perbincangan mengenai cadangan penyelesaian juga diperhalusi dalam kertas konsep ini bagi memastikan pendekatan pembelajaran berbalik yang digunakan di dalam kelas dapat mencapai objektif pembelajaran. Keberkesanan pendekatan pembelajaran berbalik tentunya memberikan kesan positif dan secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan negara amnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-08-2024

How to Cite

AZAM ABD AZIZ, NORZALILAH MOHAMMAD MAZLI, NOOR AMERA OMAR, & MOHD JASMY ABD RAHMAN. (2024). PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERBALIK DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 2(1), 99 to 111. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/26