DAM XOXO: TEKNIK MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMAHAMAN PELAJAR DALAM TOPIK REPRODUCTION AND DEVELOPMENT.
Abstract
Topik Reproduction and Development merupakan topik yang memerlukan keupayaan pelajar untuk memahami, menghafal dan mengingat. Ia bergantung kepada tahap kecerdasan setiap pelajar. Terdapat pelbagai cara untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka. Tinjauan awal yang dijalankan didapati walaupun telah diterangkan beberapa kali, pelajar sukar untuk memahami graf mentrual cycle dan ovarian cycle yang agak kompleks dan berkait antara satu sama lain. Justeru itu, DAM XOXO diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman dan merangsang daya pemikiran pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap pemahaman dan pencapaian pelajar berdasarkan kepada kaedah bantuan menggunakan DAM XOXO. Kajian ini disasarkan kepada 45 orang pelajar sesi 2023/2024. Penilaian dijalankan melalui ujian topikal dan ujian pengesanan. Markah yang diperolehi akan digunakan sebagai data kajian. Data dianalisis menggunakan perisian ‘SPSS’. Perbandingan dibuat dan peratus peningkatan tahap pencapaian pelajar dibuktikan. Berdasarkan kajian tersebut, dapatan yang telah diperolehi menunjukkan peningkatan skor yang memberangsangkan oleh pelajar. Selain itu penyelidik juga mendapati pelajar dapat menerangkan semula graf mentrual dan ovarian cycle dengan baik. Kajian ini dapat membantu penyelidik untuk meningkatkan penguasaan pemahaman pelajar terhadap topik Reproduction and Development.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



