MANFAAT DAN KEKUATAN PENDEKATAN BERASASKAN SEKOLAH RIMBA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ORANG ASLI
Abstract
Perdebatan berkenaan dengan hak dan keperluan sering dibahaskan dalam membicarakan pendidikan masyarakat Orang Asli. Malah menerusi perbezaan budaya, adat, bahasa dan pengetahuan mendorong keperluan untuk memahami serta meneliti hak pendidikan awal kanak-kanak Orang Asli. Pengaruh persekitaran rimba membawa kepada implimentasi pendekatan pembelajaran yang berasaskan sekolah rimba memberi manfaat kepada kanak-kanak Orang Asli di Malaysia. Namun, pendekatan sekolah rimba lebih tertumpu kepada peringkat arus perdana serta kurang diimplimentasikan pada peringkat awal kanak-kanak. Oleh itu, menerusi kaedah kajian kepustakaan, kertas konsep ini bertujuan membincangkan konsep sekolah rimba serta melihat manfaat dan kekuatan pendekatan sekolah rimba terhadap pendidikan awal kanak-kanak Orang Asli. Hasil sorotan kajian lepas, mendapati konsep sekolah rimba merupakan satu pendekatan yang menyeluruh berpusatkan kanak-kanak dengan persekitaran rimba menerusi pengalaman pembelajaran secara langsung. Dapatan kajian turut mendedahkan manfaat dan kekuatan pendekatan sekolah rimba terhadap pendidikan awal kanak-kanak Orang Asli. Manfaat tersebut antaranya 1) mengapai perkembangan holistik, 2) kepelbagaian pendekatan, dan 3) membina kompetensi guru. Manakala kekuatan yang dibincangkan merangkumi 1) keperluan Orang Asli, 2) persekitaran rimba dan 3) kelestarian budaya Orang Asli. Natijahnya pendekatan berasaskan sekolah rimba memberi implikasi yang positif terhadap pendidikan awal kanak-kanak Orang Asli malah releven dengan keperluan dan budaya masyarakat mereka.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



