PEMBANGUNAN MODEL PENGAJARAN APRESIASI SENI BERASASKAN TEKNOLOGI DI SEKOLAH: SATU ANALISIS KEPERLUAN

Authors

  • FARAH SUHAIZA SAAYA
  • IDA PUTERI MAHSAN
  • NORZURAINA MOHD NOR

Abstract

Menyedari kepentingan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan pemanfaatan teknologi merupakan agenda penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Guru pendidikan seni visual perlu memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini merupakan kajian analisis keperluan melibatkan fasa pertama dalam kajian Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP). Tujuan kajian analisis keperluan ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti keperluan pembangunan model pengajaran apresiasi seni berasaskan teknologi di sekolah menengah. Kajian dilakukan secara kualitatif menggunakan kaedah temu bual. Seramai lima orang informan terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pendidikan seni visual sekolah menengah telah ditemu bual. Semua pakar ini telah dipilih secara pensampelan bertujuan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Data temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik, iaitu transkripsi, pengekodan dan bertema. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat keperluan bagi penyelidik membangunkan model pengajaran apresiasi seni di sekolah menengah. Penekanan terhadap elemen apresiasi seni dan teknologi dalam model pengajaran ini dilihat sangat relevan supaya kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan bagi menyediakan murid yang cemerlang dari segi akademik dan mampu berdaya saing seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi di persada dunia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-08-2024

How to Cite

FARAH SUHAIZA SAAYA, IDA PUTERI MAHSAN, & NORZURAINA MOHD NOR. (2024). PEMBANGUNAN MODEL PENGAJARAN APRESIASI SENI BERASASKAN TEKNOLOGI DI SEKOLAH: SATU ANALISIS KEPERLUAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 2(1), 61 to 71. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/23