KERANGKA KONSEPTUAL PEMBELAJARAN DIGITAL, PEMBELAJARAN BERMAKNA DAN KECEKAPAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS PELAJAR: #LINGOSPEAK

Authors

  • NORMAH KARMANI
  • FOONG SHERMAINE
  • LIM XIN JIE
  • NURILAIN ROHAIZAT
  • ILHAM SOFEA JAMSHARI

Abstract

Aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 antaranya kemahiran Dwibahasa menekankan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia agar setiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan manakala Bahasa Inggeris dijadikan bahasa komunikasi antarabangsa. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pendidik untuk memastikan murid mempunyai kompetensi kemahiran berkomunikasi khasnya dalam kemahiran dwibahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pembelajaran digital yang dapat meningkatkan kompetensi kemahiran bertutur Bahasa Inggeris murid. Pembelajaran digital ini telah menggunakan platform laman web dikenali sebagai #LINGOSPEAK yang menawarkan buku kerja amalan pertuturan dengan 14 tugasan dan menyiarkannya di Instagram dengan hashtag yang ditetapkan. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat tambahan dalam teori berkaitan pembelajaran digital dalam menangani masalah kompetensi kemahiran bertutur pelajar dalam Bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan kepada program pembangunan profesionalisme guru, sekolah, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-08-2024

How to Cite

NORMAH KARMANI, FOONG SHERMAINE, LIM XIN JIE, NURILAIN ROHAIZAT, & ILHAM SOFEA JAMSHARI. (2024). KERANGKA KONSEPTUAL PEMBELAJARAN DIGITAL, PEMBELAJARAN BERMAKNA DAN KECEKAPAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS PELAJAR: #LINGOSPEAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 2(1), 51 to 60. Retrieved from http://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/22