PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN DOMAIN MORAL DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH NEGERI SELANGOR
Abstract
Pembelajaran berasaskan permainan merupakan pembelajaran yang diperkenalkan dalam pembelajaran abad ke-21. Pembudayaan pembelajaran berasaskan permainan dalam usaha menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan bagi menghadapi cabaran abad ke-21 serta dapat melonjakkan taraf pendidikan kebangsaan ke tahap antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan kandungan dan pembinaan permainan melalui kaedah penceritaan untuk meningkatkan penguasaan domain moral dalam kalangan murid Pendidikan Moral sekolah menengah atas berdasarkan kepada pandangan guru. Edaran soal selidik, telah dilaksanakan ke atas 322 orang guru sekolah, 72 orang guru mata pelajaran Daerah zon utara, 143 orang guru mata pelajaran Daerah zon tengah dan 107 orang guru mata pelajaran Daerah zon selatan Negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan yang dirasakan oleh guru terhadap bahan bantu mengajar yang dapat memperkaya pengajaran mereka melalui aktiviti permainan menggunakan kaedah penceritaan berada pada tahap tinggi. Analisis juga menunjukkan guru mendapati menerima aspek aktiviti permainan melalui kaedah penceritaan dapat menerapkan domain moral murid yang digabungkan dalam aktiviti permainan. Kesimpulannya, keperluan pembinaan aktiviti permainan memberikan landasan yang kukuh untuk pembangunan model aktiviti permainan yang lebih efektif dan relevan dengan keperluan pendidikan semasa.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



