HUBUNGAN BIMBINGAN PENSYARAH PENYELIA PRAKTIKUM DENGAN AMALAN REFLEKSI PRAKTIKUM DALAM KALANGAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM PDPP IPGM ZON SELATAN

Authors

  • MOHAMAD ZARKHUAN ZAINOL
  • MOHD ARAFAT JAAFAR
  • PAUZIAH OMAR
  • NAJATI JALIL
  • ASMA NABIHAH ABD. RAHMAN

DOI:

https://doi.org/10.1234/ijerap.v1i1.8

Keywords:

praktikum, guru pelatih, kurikulum, ipg

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan antara bimbingan pensyarah penyelia dengan amalan refleksi guru pelatih Pendidikan Islam Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Selatan. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif iaitu tinjauan secara hirisan rentas yang menggunakan soal selidik secara dalam talian sebagai instrumen kajian. Kajian ini dilaksanakan terhadap 129 guru pelatih PDPP IPGM Zon Selatan ambilan Jun 2021. Data dianalisis menggunakan perisan SmartPLS-SEM 4.0. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan bimbingan pensyarah penyelia dalam aspek pelaksanaan pengajaran dengan amalan refleksi guru pelatih adalah tinggi (β:0.703, t:2.4.754, p<0.05) diikuti hubungan signifikan bimbingan pensyarah penyelia dalam aspek aktiviti kokurikulum dengan amalan refleksi guru pelatih (β:0.412, t:3.904, p<0.05). Namun, hubungan bimbingan pensyarah penyelia dari aspek perancangan pengajaran dengan amalan refleksi guru pelatih adalah tidak signifikan ((β:-0.147, t:1.326, p>0.05).). Ketiga-tiga pemboleh ubah juga telah memberi sumbangan terhadap nilai R2 amalan refleksi guru pelatih adalah ketara iaitu 92.6%. Dapatan ini menunjukkan bahawa bimbingan pensyarah penyelia terhadap amalan refleksi guru pelatih Pendidikan Islam PDPP sememangnya memberikan impak yang positif terhadap pelaksaan praktikum guru pelatih di sekolah. Pensyarah penyelia juga perlu memberi perhatian kepada faktor penghasilan perancangan pengajaran walaupun dapatannya tidak signifikan kerana faktor tersebut merupakan asas yang menentukan kejayaan praktikum guru pelatih.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

17-07-2023

How to Cite

ZAINOL, M. Z., JAAFAR, M. A., OMAR, P., JALIL, N., & ABD. RAHMAN, A. N. (2023). HUBUNGAN BIMBINGAN PENSYARAH PENYELIA PRAKTIKUM DENGAN AMALAN REFLEKSI PRAKTIKUM DALAM KALANGAN GURU PELATIH PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM PDPP IPGM ZON SELATAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 1(1), 40–48. https://doi.org/10.1234/ijerap.v1i1.8