PERANAN SIKAP SEBAGAI PENGANTARA DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) GURU PENDIDIKAN ISLAM
Abstract
Keberhasilan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tidak hanya bergantung kepada tahap pengetahuan dan kemahiran guru, malah turut dipengaruhi oleh dimensi afektif, khususnya sikap terhadap pentaksiran tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi meneliti peranan sikap sebagai pemboleh ubah pengantara dalam hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan kesediaan melaksanakan PBD. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk tinjauan keratan rentas yang melibatkan seramai 1,336 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah di negeri Perak. Data kajian dianalisis menggunakan pendekatan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) melalui perisian SmartPLS 4.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru mempunyai pengaruh langsung yang signifikan terhadap kesediaan melaksanakan PBD. Selain itu, sikap juga didapati berfungsi sebagai pemboleh ubah pengantara yang signifikan dalam hubungan antara pengetahuan dan kemahiran dengan kesediaan guru, dengan kesan mediasi separa. Dapatan ini membuktikan bahawa sikap memainkan peranan penting dalam menterjemahkan kompetensi guru kepada amalan sebenar dalam bilik darjah. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa pembangunan sikap profesional yang positif merupakan pemangkin utama dalam meningkatkan kesediaan dan keberkesanan pelaksanaan PBD. Justeru, program pembangunan profesional guru perlu memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek kognitif, kemahiran dan afektif bagi memastikan kejayaan transformasi pentaksiran dalam sistem pendidikan negara.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.



