ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODEL PENGAJARAN JAWI (PG JAWI) DALAM PENDIDIKAN ISLAM TAHAP 1 SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Siti Fairus Mohd Noh
  • Mazarul Hasan Mohamad Hanapi
  • Kama Shaffeei

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap keperluan pembangunan Model Pengajaran Jawi (PG Jawi) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tahap 1 di sekolah rendah. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) dengan memberi tumpuan kepada Fasa 1, iaitu Analisis Keperluan. Kaedah tinjauan berbentuk soal selidik telah ditadbir kepada 113 orang Guru Pendidikan Islam (GPI) di Daerah Kubang Pasu, Kedah yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berkelompok. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22 bagi memperoleh statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan min, manakala data kualitatif daripada temu bual dianalisis secara deskriptif bagi menyokong dapatan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keperluan terhadap pembangunan Model PG Jawi adalah sangat tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.681. Guru-guru turut menunjukkan kesediaan untuk mengintegrasikan elemen teknologi dalam pengajaran serta menyokong pembangunan model yang sistematik dan berfokus kepada pemulihan. Kajian ini merumuskan bahawa pembangunan Model PG Jawi merupakan satu keperluan mendesak dalam usaha memperkasa kemahiran membaca dan menulis Jawi dalam kalangan murid Tahap 1, selaras dengan tuntutan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Implikasi kajian ini menyediakan asas empirikal yang kukuh untuk fasa seterusnya, iaitu reka bentuk dan pembangunan model secara sistematik dan berasaskan konsensus pakar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Mohd Noh, S. F., Mohamad Hanapi, M. H., & Shaffeei, K. (2025). ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODEL PENGAJARAN JAWI (PG JAWI) DALAM PENDIDIKAN ISLAM TAHAP 1 SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY, 3(1), 99–106. Retrieved from https://ijerap.com/index.php/ijerap/article/view/59