KAJIAN AMALAN TERBAIK KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA SEBUAH SEKOLAH PROGRAM TS25 KOHORT 2
DOI:
https://doi.org/10.1234/ijerap.v1i1.5Keywords:
ts25, kepimpinan instruksional, kemenjadian murid, ipgAbstract
Kepimpinan instruksional pengetua berkesan merupakan salah satu elemen penting bagi mencapai keberhasilan
sekolah berkualiti dalam Program TS25. Justeru kajian kes ini dijalankan bagi meneroka amalan terbaik
kepemimpinan instruksional dua orang pengetua sebagai peneraju, pendorong dan pembimbing di sebuah
sekolah Program TS25 Kohort 2. Kajian kes kualitatif ini memilih peserta kajian secara sampel bertujuan yang
menggunakan kaedah temu bual dan semakan dokumen sebagai alat pengumpulan data kajian. Data temu bual
separa berstruktur terhadap dua orang pengetua dan guru dilaksanakan dan ditranskripsikan secara verbatim.
Hasil dapatan kajian menunjukkan pengetua dapat menyerlahkan kecemerlangan kepimpinan instruksional yang
berkesan melalui amalan terbaik yang dilaksanakan dan telah mendapat pegiktirafan secara peribadi dari
pelbagai pihak serta keberhasilan peningkatan prestasi sekolah dari peringkat daerah hingga ke peringkat
kebangsaan. Pengetua sebagai peneraju, pendorong dan pembimbing telah dapat menunjukkan kemahiran
bimbingan instruksional yang terbaik melalui amalan penyelidikan dalam kalangan guru dan mendorong mereka
menyertai seminar dan pertandingan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, ia
dapat meningkatkan kemenjadian murid dalam bidang akademik dan kokurikulum seterusnya dapat mencapai
hala tuju sekolah selama tiga tahun dengan cemerlang. Implikasi kajian ini terhadap pengurusan Program TS25
adalah diharapkan segala amalan terbaik yang dilaksanakan semasa proses perubahan terutama tentang gaya
kepimpinan intsruksional pengetua dan guru besar sekolah dapat dikongsikan secara meluas supaya menjadi
contoh dan model sekolah terbaik Program TS25 yang dirujuk oleh sekolah-sekolah yang lain.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.



