TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP SEMESTER 3
DOI:
https://doi.org/10.1234/ijerap.v1i1.4Keywords:
pemikiran kritis, kemahiran insaniah, kemahiran menyelesaikan masalah, tesl, pismp, ipgAbstract
Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan pentaksiran secara langsung melalui penilaian kendiri terhadap item tujuh elemen kemahiran insaniah. Instrumen Soal Selidik kemahiran insaniah digunakan bagi mengumpul data yang dianalisis berdasarkan perbandingan peratus bagi setiap item. Responden merupakan 157 orang pelajar semester tiga yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam pengkhususan Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan TESL ambilan Jun 2021. Dapatan keseluruhan tahap Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah menunjukkan sebahagian besar daripada responden memberi pandangan Setuju dan Sangat Setuju terhadap semua item yang dikaji. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar semester tiga telah mempunyai pemikiran yang kritis dan berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sepanjang pengajian. Sebahagian daripada responden masih perlukan bimbingan lanjut dalam beberapa item. Ringkasnya, program latihan perlu dilaksanakan dengan memberi penekanan yang seimbang antara akademik dan kemahiran insaniah khususnya dalam pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATIONAL RESEARCH ON ANDRAGOGY AND PEDAGOGY

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.



